Sejarah perkembangan industri sawit
Ia bermula dengan Ca'da Mosto memperkenalkan kelapa sawit pada tahun
1435-1460. Terdapat cubaan untuk menanam kelapa sawit di India dan
Kepulauan Maurutius pada tahun 1836. Pada tahun 1870 benih Deli Dura
dibawa ke
Asia Tenggara dan ditanam di
Taman Botani Singapura.
Pada tahun 1890 minyak kelapa sawit mula digunakan untuk membuat
margarine. Lord Leverholme memperkenalkan milling dan pemprosesan minyak
kelapa sawit. Tahun berikutnya kilang pemprosesan minyak kelapa sawit
dibina di Belgium, Congo.
Pada tahun 1848 orang
Belanda membawa kelapa sawit ke Indonesia yang kemudiannya ke Singapura dan
Tanah Melayu. Kelapa sawit datang ke Tanah Melayu melalui Taman Botani Singapura sebagai
tanaman hiasan.
M. A. Hallet menanam pokok kelapa sawit Deli untuk pengeluaran komersial di Sumatera. Kemudian
M. H. Fauconnier menanam pokok kelapa sawit Deli di
Rantau Panjang,
Selangor. Pada tahun 1917 bermulalah penanaman kelapa sawit secara komersial di Estet Tannamaran,
Kuala Selangor. Seterusnya di Estet Elmina, Kuala Selangor.
Industri sawit
Malaysia dan
Indonesia bermula apabila empat anak benih dari
Afrika ditanam di
Taman Botani Bogor, Indonesia pada tahun
1848. Benihnya dari
Bogor ini kemudiannya ditanam di tepi-tepi jalan sebagai tanaman hiasan di
Deli,
Sumatera pada dekad
1870-an dan di Rantau Panjang,
Kuala Selangor pada tahun
1911-
1912.
Di Taman Botani Bogor terdapat pohon kelapa sawit yang tertua di
Asia Tenggara yang berasal dari Afrika.
Taman botani ini yang seluas 87
hektar dibina pada tahun
1817, dan merupakan usaha Prof. Dr. Reinwadt,
ahli botani Belanda. Terdapat 20,000 tanaman di sini yang tergolong dalam 6,000
spesies.
Industri sawit Malaysia bermula pada tahun
1917 apabila Ladang Tenmaran di
Kuala Selangor
ditanam dengan benih dura Deli dari Rantau Panjang. Apabila pewarisan
bentuk buah difahami, penanaman komersil beralih daripada bahan dura
kepada
kacukan
dura x pisifera (D x P). Kacukan D x P menghasilkan buah tenera.
Penanaman ladang yang menggunakan bahan D x P berlaku secara mendadak
pada awal dekad
1960-an apabila
Felda membuka tanah rancangan secara besar-besaran.
Morfologi
Lukisan botani kelapa sawit.
Pokok yang matang mempunyai satu batang pokok yang tunggal dan tumbuh sehingga 20
meter tingginya.
Daunnya
merupakan daun majmuk yang anak-anak daunnya tersusun lurus pada
kedua-dua belah tulang daun utama seolah-olah bulu dan mencapai 3 hingga
5 meter panjangnya. Pokok yang muda menghasilkan lebih kurang 30 daun
setiap tahun, dengan pokok yang matang yang melebihi 10 tahun
menghasilkan lebih kurang 20 daun.
Bunganya berbentuk rumpun yang padat. Setiap bunganya kecil sahaja, dengan tiga
sepal dan tiga
kelopak. Buahnya memakan 5 hingga 6 bulan untuk masak dari masa
pendebungaan.
Ia terdiri daripada lapisan luar yang berisi dan berminyak (perikarp),
dengan biji tunggal (isirung) yang juga kaya dengan minyak. Berbanding
dengan saudaranya,
kelapa, kelapa sawit tidak menghasilkan tunas susur.
Pembiakannya adalah melalui penyemaian biji-biji.
Kelapa sawit termasuk
tumbuhan pohon. Tingginya dapat mencapai 24
meter.
Bunga dan
buahnya berupa tandan, serta bercabang banyak. Buahnya kecil dan apabila masak, berwarna
merah kehitaman. Daging buahnya padat. Daging dan kulit buahnya mengandungi
minyak. Minyaknya itu digunakan sebagai bahan
minyak goreng,
sabun, dan
lilin.
Hampasnya dimanfaatkan untuk
makanan ternak, khususnya sebagai salah satu bahan pembuatan makanan ayam. Tempurungnya digunakan sebagai bahan bakar dan
arang.
Kelapa sawit yang berkembang biak dengan biji, tumbuh di daerah
tropika,
pada ketinggian 0 - 500 meter di atas aras laut. Kelapa sawit menyukai
tanah yang subur dan tempat terbuka, dengan kelembapan tinggi.
Kelembapan tinggi itu antara lain ditentukan oleh adanya curah hujan
yang tinggi, sekitar 2,000-2,500 mm setahun.
Bilangan
pelepah
yang dihasilkan meningkat sehingga 30 hingga 40 ketika berumur tiga
hingga empat tahun dan kemudiannya menurun sehingga 18 hingga 25
pelepah. Pelepah sawit meliputi lai daun, dengan setiap satunya
mengandungi lamina, racis tengah, petiol dan kelopak pelepah.
Setiap pelepah mempunyai lebih kurang 100 pasang lai daun. Lai daun
berukuran 55 sentimeter hingga 65 sentimeter dan menguncup, dengan
lebarnya antara 2.5 sentimeter hingga 4 sentimeter. Ada dua jenis bentuk
kedudukan lai daun dalam Elaeis oleifera. Pelepah sawit tersusun dalam
bentuk pusaran, dengan setiap lapan pelepah membentuk satu pusaran.
Stomata atau rongga terbuka untuk menerima cahaya dalam proses
fotosintesis
wujud pada permukaan lai daun. Pelepah matang mempunyai duri, dan
berukuran hingga 7.5 sentimeter, dengan petiol lebih kurang satu
perempat daripada panjang pelepah.
Sawit boleh diklasifikasikan kepada tiga jenis bentuk buah berdasarkan ketebalan tempurung, iaitu
dura (tempurung tebal),
tenera (tempurung nipis) dan
pisifera (tiada tempurung).
Buah tenera menghasilkan minyak yang lebih banyak berbanding buah
dura kerana perbezaan ketebalan tempurung. Pisifera adalah buah betina
mandul, iaitu bunga betina yang sepatutnya berkembang untuk menjadi buah
dan tandan akan gugur sebelum matang. Keadaan ini menyebabkan pisifera
tidak mengeluarkan tandan, sebaliknya banyak mengeluarkan bunga jantan.
Namun, ada juga segelintir pisifera yang subur.
Program
pembiakan di Malaysia dan Indonesia sejak dekad
1920-an
terhadap baka dari Deli untuk tujuan komersil telah menjadikannya
seragam dan bermutu tinggi. Bahan ini kemudiannya dikenali sebagai dura
Deli.
Pembiakan benih sawit
Buah kelapa sawit berlainan kultivar.
Program pembiakan dan pemilihan baka sawit di Malaysia dimulakan oleh :
Program pembiakbakaan sawit adalah berdasarkan kepada objektif-objektif yang berikut:
- Meningkatkan hasil minyak
- Meningkatkan kualiti minyak
- Mengurangkan kadar ketinggian pokok
- Tahan kepada perosak dan penyakit.
Induk untuk pengeluaran biji benih D x P dipilih berdasarkan hasil tandan dan komponen kualiti tandan dari pokok yang diketahui
salasilahnya.
Data ukuran vegetatif sering diambil kira ketika pemilihan. Rekod hasil
dikumpul bagi tempoh tidak kurang empat tahun berturut-turut. Komponen
kualiti tandan seperti peratusan perahan minyak dan hasil isirung
ditentukan melalui kaedah 'analisis tandan', dengan 3 - 5 tandan
dianalisis bagi setiap pokok. Semua data yang dikumpul berdasarkan pokok
individu.
Pemilihan Berulang Salingan (RRS) diamalkan untuk memilih induk, dengan dura dan pisifera dipilih secara berasingan, dan kemudian dikacukkan. Ujian
progeni
dijalankan untuk menilai keupayaan bergabung induk-induk berkenaan.
Misalnya, pisifera AVROS bergabung baik dengan dura Deli untuk
menghasilkan buah tandan segar (FFB) yang banyak dan perahan minyak yang
tinggi .
Pengeluaran biji benih D x P berpandukan kepada Piawai Malaysia
MS157:1997, iaitu Biji Benih Kelapa Sawit Untuk Penanaman Komersil.
Hanya D x P bermutu dikeluarkan dan dipasarkan kepada pengguna.
Kawalan mutu yang tinggi dipastikan agar tidak berlaku pencemaran ketika mengumpulkan
debunga pisifera dan pendebungaannya terkawal pada induk penanti dura.
Pada tahun
2003,
dianggarkan 58 juta benih D x P dikeluarkan di Malaysia. Jumlah
keluaran pada tahun tersebut meningkat selepas pengurangan permintaan
antara tahun-tahun 2000 hingga 2002. Peningkatan ini disebabkan oleh
aktiviti penanaman semula.
Industri makanan berasaskan minyak sawit di Malaysia telah mengalami
perkembangan pesat sejak tiga dekad yang lalu. Kawasan tanaman sawit
meningkat daripada anggaran satu juta hektar dalam tahun 1980 kepada dua
juta hektar dalam tahun 1990, dan hari ini ia berada pada keluasan 3.8
juta hektar, bersamaan dengan lebih 500 juta pokok sawit.
Dari segi penghasilan minyak sawit mentah (CPO), pengeluaran dicatat
pada 13.35 juta tan dalam tahun 2003 daripada sejumlah 370 kilang buah
sawit di seluruh negara.
Industri ini juga turut terbabit secara meluas dalam aktiviti
hiliran, daripada penapisan sehingga kepada penghasilan minyak masak dan
oleokimia.
Malaysia mempunyai jumlah penduduk yang agak kecil seramai 24 juta
orang dan dengan itu, penggunaan minyak sawit secara tempatan adalah
agak terhad.
Oleh kerana itu, lebih 90 peratus pengeluaran minyak makan tahunan
telah dieksport, menjadikan hasil sawit punca pendapatan tukaran wang
asing yang penting untuk negara ini, serta tonggak ekonomi negara.
Nilai eksport minyak sawit pada tahun 2003 berjumlah RM 26.15 bilion
ketika harga purata minyak sawit mentah berada pada paras RM 1,544 satu
tan. Hari ini, Malaysia menyumbang anggaran 50 peratus daripada
pengeluaran minyak sawit dunia dan anggaran 60 peratus daripada jumlah
dagangannya.
Terdapat banyak bukti yang menunjukkan bahawa sejumlah besar keluasan
kawasan tanaman minyak sawit yang telah dikatakan ditanam di dalam
kawasan hutan tropika, sebenarnya ditanam di kawasan hutan pembalakan,
atau ditanam semula di dalam kawasan yang sebelum itu ditanam dengan
tanaman lain.
Contohnya, daripada tahun 1990 hingga 2000, ketika kawasan tanaman
kelapa sawit di Malaysia meningkat sebanyak 1.4 juta hektar, kegiatan
menanam getah, koko dan kelapa masing-masing menurun sebanyak 0.4, 0.3
dan 0.2 juta hektar.
Sejumlah besar keluasan kawasan tanaman ini ditanam semula dengan kelapa sawit kerana ia tanaman yang lebih menguntungkan.
Nilai pelaburan terkini dalam industri minyak sawit Malaysia
dianggarkan sekitar RM62 bilion dengan sejumlah besar pembiayaan ini
diperoleh dalam negeri.
Peningkatan secara meluas penanaman sawit ini membawa pembangunan
yang amat diperlukan di kawasan luar bandar, dan telah menjadi tulang
belakang ekonomi luar bandar.
Seramai 290,000 pekebun kecil di skim tanah kerajaan serta pekebun
kecil persendirian, bergantung sepenuhnya kepada tanaman ini untuk
kehidupan harian mereka.
Hasil pendapatan daripada sawit membawa kesan penting dalam
mengekalkan kestabilan sosioekonomi golongan ini. Tambahan pula, seramai
180,000 lagi pekerja di ladang sawit dengan jumlah pendapatan dan
kebajikan mereka yang lain, adalah penyumbang besar kepada kestabilan
politik dan sosio-ekonomi terutamanya ketika krisis kewangan Asia
sekitar tahun 1997-1998.
Potensi minyak sawit
Program penyelidikan berjaya meningkatkan hasil minyak sawit berlipat
kali ganda, berbanding hasil daripada pokok liar di Afrika. Sungguhpun
wujud
progeni dan pokok individu dengan hasil minyak melebihi 12
tan se
hektar setahun, namun masih wujud ruang yang luas untuk mencapai potensi hasil maksimum sebanyak 18.2 tan sehektar setahun.
Hasil tandan dan perahan minyak dura Deli serta kacukan dengan
pisifera, terutama dengan baka AVROS, adalah unggul dan digunakan untuk
menghasilkan bahan tanaman di seluruh dunia. Sungguhpun hasil buah
tandan segar (FFB) daripada bahan D x P tidak meningkat dengan ketara
berbanding bahan dura, namun hasil minyak telah dimajukan daripada 3.7
tan sehektar setahun (dura) kepada 6.3 tan sehektar setahun (D x P).
Kelapa sawit adalah salah satu
komoditi pertanian utama bagi negara Malaysia yang perkembangannya demikian pesat. Selain pengeluaran minyak kelapa sawit yang tinggi,
hasil sampingan juga tinggi.
Secara umum, hasil dari industri kelapa sawit terdiri daripada tiga
jenis, iaitu minyak cair, padat dan gas. Minyak kelapa sawit berasal
dari unit proses pengukusan (pensterilan), proses pembersihan, dan
buangan dari
hidrosiklon.
Pada umumnya, minyak industri kelapa sawit mengandungi
bahan organik yang tinggi sehingga berpotensi mencemari
air tanah, dan
sungai serta
laut. Minyak likat kelapa sawit dibahagikan kepada dua jenis, iaitu:
- Likat yang berasal daripada proses pengolahan: Limbah padat ini
berupa Tandan Kosong Kelapa Sawit, cangkang atau tempurung, serabut atau
serat, enap cemar atau lumpur, dan bungkil. TKKS dan lumpur yang tidak
tertangani menyebabkan bau busuk, tempat bersarangnya serangga dan lalat dan berpotensi menghasilkan bahan larut lesap.
- Likat yang berasal daripada pengolahan minyak cair: Limbah padat ini
berupa lumpur aktif yang terbawa oleh hasil pengolahan air limbah.
Kesimpulan daripada penelitian ini adalah sebagai berikut:
- Ditinjau dari segi kematangan kompos (seperti nisbah C/N, profil suhu, penyusutan isi padu dan penampilan fizikal kompos), kecepatan proses pengkomposan TKKS dengan penambahan dan tanpa penambahan pengaktif (OrgaDec, Biostar dan EM4) adalah lebih kurang sama tempohnya, iaitu sekitar 13 minggu.
- Keperluan air untuk proses pengkomposan TKKS berkisar antara 1.7 - 2.3 m³.
- Kandungan unsur hara kompos sekitar 0.4 % N, 0.029 - 0.05 % P2O5, dan 0.15 - 0.2 % K2O.